Salji: IKA

  • PDF
Salji: IKA

 

 


Ini hari terakhir buat tahun ini.
Selamat tinggal 31 Disember, selamat datang 1 Januari. Terkebil-kebil mata ini bila terkena rintikan air hujan. Terbit rasa pula, ingin rasa, air hujan yang bukan hanya membasahi bumi, tetapi sebahagian daripada diri ini juga, rasanya bagaimana ya? Rasanya seperti besi karat. Pandai-pandai sahaja mahu kata rasanya macam besi karat, sedangkan pernah ke rasa besi karat itu macam mana?

Tersenyum, hambar. Luka, pedih.
 
Pejamkan mata, sakit juga bila terkena titisan hujan yang rasanya semakin lebat. Bila semakin lebat, terasa sakit pula. Tadi rasa nikmat, kini rasa pedih pula. Hujan itu rahmat kata orang. Hujan juga memudaratkan. Rahmat atau memudaratkan buat saya sekarang ini? Ya Tuhan, berapa lama lagi?

Mama, cinta. Along, racun.

Lama-lama kuyup juga bila dibasahi hujan yang lebat. Bila dipejamkan mata, wajah Mama dan Along silih berganti. Teringat Mama, rasa sayu, sedih. Bila terbayangkan Along, marah, benci! Kalau bukan kerana Along, tidaklah saya di sini ketika ini. Kalau ada Mama, tidak mungkin berlaku begini. Mama kata dia sakit. Biarkan saja. Ikutkan rentaknya. Orang sakit kita kena lebih beralah.Mesti cuba untuk lebih memahami, menerima keadaannya. Tapi sampai bila Ma? Hanya Mama seorang yang kata dia sakit tetapi bukan orang di sekeliling kita Ma!

Botol, kaca. Hati, retak.

Seperti biasa, pulangnya terhuyung hayang. Ada masa, terjerit-jerit.Kadangkala menangis, meratap pilu. Ini bukan gangguan mental Mama. Ini gangguan air haram itu! Dan setiap kali dia pulang dengan kerenah mabuknya ini, saya tidak mahu melayan Mama! Walau orang kata, orang mabuk bercakap apa yang terpendalam dalam hati mereka, sejujur-jujurnya ketika mabuk, tak semestinya dia tidak apa-apa. Kerana dia mabuk juga, bisa melakukan apa sahaja di luar kesedarannya. Gangguan mental apa Ma kalau begini caranya?

Merah, gelap. Gelap, merah.

Mama, malam ini, Mama tiada. Harus pergi menemankan Mak Su keseorangan. Mak Su sedang menunggu hari sahaja dan Pak Su pula harus bekerja lewat. Bila teringatkan Mak Su, tersenyum lagi. Hilang seketika rasa pedih yang makin menyengat ini. Mak Su kata, dia bakal melahirkan anak perempuan. Mahu dinamakan Firdaus. Macam saya. Firdaus. Akan ada Firdaus kecik, Firdaus besar. Firdaus Mak Su, Firdaus Mama.

Hujan, basah. Darah, merah.
 
Mama, andainya Mama dapat mendengar. Andainya Mama tahu betapa takut saya ketika Along menolak saya hingga ke tepi tingkap. Sudah berkali-kali saya ingatkan, tingkap apartmen ini tidak berpagar. Mama kata nanti, nanti. Saya tak salahkan Mama, ini memang sudah tersurat. Sakitnya Mama, bila dia mencengkam saya, bila matanya itu membulat pada saya. Mahu menjerit tapi sudah tiada suara lagi. Tiada siapa yang mendengar. Hanya bunyi angin yang saya dengar selain dentingan jam menandakan sudah 1 pagi. Habis segala sumpah seranahnya. Bau nafasnya busuk sekali. Jijik! Saya tak mahu bertentangan mata dengan dia. Benci! Saya diamkan diri. Lepaskanlah saya, itu saja yang terlintas dalam hati.
 
Jatuh, melayang. Konkrit, kelabu.
 
Mama, kalau kita tonton filem-filem, apabila mereka jatuh dari bangunan, akan terbayang apa-apa sahaja yang diingatinya. Orang-orang tersayang, memori-memori yang indah. Saya, hanya ingat Mama. Saya hanya mengucap tatkala dia menolak saya keluar dari tingkap. Saya tidak sempat memohon maaf dengan Mama. Siapa sangka, hari ini hari terakhir kita bergelak ketawa petang tadi, sambil menikmati pisang salai yang Mama buat.
 
Hujan, salji. Sejuk, beku.

 Mama, saya masih menunggu Mama. Titisan air hujan ini menyejukkan Ma. Luka-luka ini semua menyakitkan. Darah merah mengalir terus Mama, hangat. Maafkan saya Ma, kita tak dapat melihat salju seperti yang saya janjikan. Saya bayangkan, rintik-rintik hujan ini seperti salju yang turun perlahan-lahan. Mungkin sejuk, macam sekarang ini. Mungkin lagi membeku.
 
 Mama.

Andai, diizinkan, saya tunggu Mama di pintu Firdaus.
 

 

Last Updated on Monday, 05 December 2011 10:31

LOGO-AWw

Twitter

https://twitter.com/jsadiwarna

Ikuti ADIWARNA Sekarang!

 6

Buku Cerita Ilustrasi

Troli Anda

VirtueMart
Your Cart is currently empty.

Rantaian

Popular Bookstore
mph-distributors-logo-small

Mari Bersama di Facebook

 

Hubungi Kami

Address:

No. 32A-G, Jalan Putra 2,
Taman Putra Kajang,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan


blogspot  www.adiwarna2u.blogspot.com

Email:   
info@jsadiwarna.com

 Telephone:   (+6) 03-874 03905

 Fax:   (+6) 03-874 13905

You are here: Karya I U Baca e-Cerpen Salji: IKA