SIRI SI MANIS 17 (UMUM)
(JS ADIWARNA SDN. BHD.)
Panduan Penulis
- Panjang antara 250-350 halaman.
- Saiz huruf 12, jenis huruf Times New Roman. Langkau dua baris (double spacing).
- Menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dengan rujukan Kamus Dewan (Edisi Empat) terbitan DBP. Bagaimanapun sekiranya perkataan Inggeris itu tiada terjemahan yang sesuai dalam bahasa Melayu, perkataan itu dibenarkan untuk diguna pakai tetapi mesti italik.
- Bahasa daerah dibenarkan hanya untuk satu dua perkataan dan bukannya dalam bentuk dialog secara menyeluruh; dan seharusnya italik sekiranya perkataan tersebut tiada dalam Kamus Dewan.
- Bahasa slanga tidak digalakkan.
- Tema adalah bebas, tetapi cerita-cerita yang mengangkat nilai-nilai Islam, nilai murni dan nilai moral sejagat sangat dialu-alukan. Cinta antara lelaki-perempuan boleh dijadikan latar cerita, tetapi bukan perkara utama novel. Selain itu, gabung jalin budaya Melayu dan nilai-nilai ketimuran harus menjadi teras genre ini. Paparan tentang tempat dan masyarakat Melayu yang positif sangat digalakkan.
- Sasaran pembaca remaja dan dewasa (umum) yang suka pada penulisan pelbagai dimensi, segar dan idea-idea yang menarik serta baharu.
- Karya mestilah milik anda yang asli.
Definisi: Karya yang Asli
Tidak jiplak daripada mana-mana terbitan, stensilan atau apa juga yang bukan hasil kerja anda; tidak diterjemahkan daripada mana-mana buku dan mana-mana bahasa; tidak disadur daripada mana-mana sumber atau terbitan lain; tidak merupakan bahan yang ditakrifkan sebagai bahan sekunder yang boleh diertikan sebagai mendominasi karya anda; atau apa-apa juga bentuk yang meragukan keaslian karya anda.
Proses Pemilihan
- Penulis boleh menghantar manuskrip yang lengkap pada This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it (dan cc kepada: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it ) berserta dengan sinopsis, surat muka (iringan), biodata ringkas.
- Pihak penerbit akan memberi jawapan dalam tempoh 4-8 minggu sama ada karya anda terpilih atau tidak.
- Sekiranya karya tersebut dipilih, pihak editor @ pengurus penerbitan akan menghubungi penulis untuk berbincang proses seterusnya.
Royalti dan Imbuhan
- Jumlah cetakan pertama minimum sesebuah novel ialah 3 000 naskhah sahaja.
- Royalti penulis adalah sebanyak 7.5% daripada harga runcit buku (bagi Semenanjung Malaysia). Royalti pendahuluan sebanyak RM500 diberikan sebaik sahaja perjanjian ditandatangani antara penerbit dan penulis. Royalti seterusnya hanya akan dibayar selepas novel tersebut berada enam (6) bulan di pasaran.
- Sepuluh (10) buah novel percuma diberikan kepada penulis sebaik sahaja cetakan pertama siap. Sekiranya novel diulang cetak, penulis berhak mendapat dua (2) naskhah novel ulang cetaknya. Kiraan sesebuah buku diulang cetak (dan dicatatkan sebagai cetakan seterusnya) ialah apabila buku berkenaan habis terjual sebanyak 3 000 naskhah bagi setiap cetakan.
- Penulis dapat membeli bukunya sendiri dan juga buku penulis lain (termasuk keluaran Jemari Seni Sdn. Bhd.) dengan harga istimewa penulis yakni sebanyak 40%.
| < Prev | Next > |
|---|



